well, td ms tgh potong kuku, aku terpikir knapa kita kena potong kuku???xbley ka biar smpai pjg berjela???mcm dalam ripley's believe it or not....pernah tgk x???seorang lelaki simpan kuku dia smpai pjg, berpusing2 aku tgk kukunya yg pjg 2....geli pun ada.....tp dia bangga ja ada kuku pjg mcm 2...
sbnrnya potong kuku ni sunat....bgs potong kuku....ada hikmahnya....boleh buang segala kekotoran yg melekat atau berkumpul di celah2 kuku kita....kalau kita xbuang segala kotoran yg melekat, boleh menghalang air ketika bersuci....kalau dibiarkan gak, boleh menjejaskan kesihatan kita....aku msh ingat kwn aku ckap pasai smpan kuku pjg (dia ada dgr dr satu sumber yg boleh dipercayai), dia ckp "sapa smpan kuku pjg, akan ada najis or kotoran yg melekat dibwhnya....dan jika kita mkn (gna tgn), kotoran atau najis 2 akan jd mknan kita gak....n insyaallah kotoran atau najis 2 (ada satu kuman di dlmnya, aku xingat nmnya) akan boleh wat kita jd bodoh....so ibu2 yg kuku pjg, jgn guna tgn utk suap mknan kat anak, nnti anak jd bodoh"
tgk... betapa pentingnya bg kita utk menjaga kebersihan kuku dan sentiasa memotongnya....hal ini ada disebutkan dalam hadis drpd Saidatina Aisyah yg mksdnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)"
kita harus potong kuku guna alat khas sperti alat pemotong kuku supaya xmemudaratkan kuku atau jari....tp jgn gigit kerana "Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta".
lepas potong kuku, terus basuh tmpat yg dipotong itu.....kuku yg dipotong sunat ditanam dalam tanah...kerana kita pun datang drpd tanah...Hal ini disebut dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar menanam potongan kuku'.
sebelum ni aku pun xtau kena tanam kuku...bila aku dah bc dalam byk buku2 agama n ruangan perbincangan soalan agama, barulah aku tau hal ini....so kat sini dah tau betapa pentingnya bg kita utk sentiasa tmbah ilmu kita, jgn jd bodoh sombong ^_^
kita pun xbley biarkan kuku xdpotong melebihi 40hari....Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)
Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah, katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
taken from: www.angelfire.com/pro/sembahyang/
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
so sekarang boleh la kita memperbaharui cara kita memotong kuku....wpun kuku nmpk kecil di bdn kita, tp hikmah menjg n memotongnya besar sekali....kita kena menghargai setiap inci bdn kita dgn sebaiknya kerana manusia telah dicipta oleh Allah SWT dengan sebaik2 ciptaan....=p
2 comments:
gila babs detail pasal kuku. thanks for sharing. :)
weh..jgn guna warna biru..x nampak la..haha
Post a Comment