Monday, January 26, 2009

menyulusuri petang bersama 4 adikku yang lain, kami memenuhi petang cuti kami dgn bermain badminton...hahaha mmg seronok...dapat meluangkan masa cuti bersama n yg penting berfaedah....tp hatiku diruntun kesedihan apabila ku lihat xramai anak muda yg suka menghabiskan masa mereka dgn perkara2 yg berfaedah...aku xkata semua tp kebanyakannya begitu...aku sedih kerana kebanyakannya menghabiskan masa di pusat2 video, merempit, menayang motor, berdating, melepak tanpa matlamat yg jelas...sedih, mmg sedih...inikah generasi pemimpin masa akan datang??? jika ini bakal pemimpin masa akan datang, aku takut untuk meniti hidup tuaku pada zaman pimpinan pemimpin begini...aku masih ingat zaman mudaku, yg plg penting zaman kanak2ku- bermain bersama rakan2 - permainan tuju kasut, galah panjang, dan sebagainya menjadi 'santapan' petang kami...hingga pernah suatu ketika aku dikurung di luar rumah kerana asyik bermain hingga terlupa waktu maghrib yang menjelma...tp itu suatu pengalaman yg xpernah aku lupa kerana pengalaman itu mengajar aku untuk menjadi manusia yg lebih bertanggungjawab dan tidak leka dalam dunia sendiri ^_^..bertanggungjawab terhadap peranan aku sebagai anak - untuk tidak leka bermain dan mengabaikan nasihat dan suruhan ibubapaku...tetapi jika ku lihat remaja sekarang, aku jd takut...kebanyakannya seperti sudah hilang rasa tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan yg penting kepada diri sendiri....masa petang atau riadah dipenuhi dgn kata2 hamun...ini apa yg aku saksikan sendiri...seorang ahli masyarakat yang rasa bertanggungjawab untuk menegur perbuatan yg kurang sesuai telah dimaki hamun malah dikatakn 'bzbody' kerana sibuk menegur dirinya yang sudah diketahui salah ...yg menyakitkan hatiku, dia tahu dia salah tp cuba meletakkan kesalahan menegur or bzbody pada org lain...apa punya manusiakah ini???tidak ada rs harga diri untuk mengakui kesalahan sendiri, malah meletakkan kesalahan itu pada org yang ingin menolong menegur mereka...jika ini adalah sifat remaja zaman sekarang, aku takut untuk melihat sejenak masa hadapanku mengajar anak2 remaja yg mungkin lebih teruk dari hari ini...aku takut tapi ini adalah kemungkinan yg perlu aku terima...dan aku berharap aku mampu untuk menghadapinya...ya allah, bantulah hambamu ini dalam menghadapi liku2 kehidupan sebagai seorang guru kepada bakal pemimpin2 masa hadapan...amin...

No comments: