Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

IBU...IBU....
engkaulah ratu hatiku....
bila ku berduka, engkau senyum selalu.....

ibu...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga...
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku..
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama sering mengganggu lenaku yang kini di rantauan orang...

ibu...
segala nasihat yang kau hamparkan pada ku kan ku semat kukuh di dasar ingatanku ini..
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku..

ohh ibu kesayangan ku...
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku...
Dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku..

SELAMAT HARI IBU kepada ibu kesayanganku Norsaadah binti Ramli...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku setiap masa (susah mahupun senang =p) diharapkan segala yg ibu impikan akan tercapai, insyaallah....^_^

No comments: